Laporan Merentas Desa

on Jumaat, 28 Januari 2011

ARAU,28/1/2011

Sebuah sekolah telah mengadakan acara merentas desa. Semua pelajar tingkatan 1 hingga 5 diwajibkan mengambil bahagian. Sekolah yang disebutkan itu adalah SMK Dato' Shiekh Ahmad,Arau. Sekolah tersebut berada di tengah-tengah bandar Arau yang pesat membangun. Dalam kepesatan yang membangun menyebabkan pelbagai resiko yang perlu dihadapi kerana banyak pembinaan yang dilakukan termasuklah pembaikan jalan. Pembaikan jalan menyebabkan sedikit kesukaran kepada pelajar-pelajar tersebut untuk melakukan larian mereka. Oleh sebab itu pihak Polis diminta memberikan pertolongan untuk mengawasi pergerakan para pelajar. Dengan pertolongan tersebut sedikit sebanyak dapat mengurangkan resiko kemalangan. Selesai membuat larian para pelajar diberikan saji makanan untuk menghilangkan dahaga dan kelaparan. Sesudah selesai para pelajar diminta berkumpul di dewan sekolah untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Majlis dimulakan dengan ucapan Penolong Kanan Kokurikulum. Dalam teks ucapan beliau, beliau menyatakn rasa gembira kerana telah menjayakan program tersebut. Walaupun ramai yang tewas tetapi semangat kesukan amatlah penting. Kesihatan adalah penting untuk melakukan tugas harian. Beliau juga mengharapakan program seterusnya iaitu Sukan Tara mendapat sambutan yang sama diberikan pada hari ini. Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Pengetua. Banyak nasihat yang diberikan oleh beliau buat pewaris negara pada masa akan datang itu.

Selesai ucapan yang diberikan oleh Tuan Pengetua, majlis diteruskan lagi dengan penyampaikan hadiah. Penyampaian hadiah diberikan mengikut 6 ketagori iaitu perempuan kelas 3, perempuan kelas 2, perempuan kelas 1, lelaki kelas 3, lelaki kelas 2 dan lelaki kelas 1.
Kelas 1 adalah bagi pelajar tingkatan 4 dan 5, kelas 2 pula adalah pelajar tingkatan 2 dan 3 manakala kelas 3 adalah pelajar tingkatan 1. Setiap kelas disediakan 20 pingat untuk para pemenang tempat pertama setiap kelas diberikan hamper serta pingat.

Majlis tamat selepas selesai penyampaian hadiah. Para pelajar menyorak kegembiran selepas pengerusi majlis mengumumkan bahawa majlis bersurai. Pekara ini disebabkan oleh cuti pertegahan penggal yang bakal berlangsung pada hari hari berikutnya. Para pelajar juga diberikan perlepaskan pulang awal pada pukul 10.30am dimana sepatunya para pelajar pulang pada 12.05pm.
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
2 Comments

{ 2 orang komen ... read them below or add one }

shakirahshahar berkata...

formalny ayat..haha !


28 Januari 2011 11:45 PTG
Kay-E berkata...

agk2 leh jadi penulis berita x???huhuhuhu


29 Januari 2011 10:27 PG

Catat Ulasan