Permohonan Biasiswa Politeknik JPA sesi 2011

on Jumaat, 29 Julai 2011

السلام عليكم


Tengah-tengah hari yang bosan yang tak tahu buat apa-apa ni. ZF cuba merengang-rengang jari ini untuk mencari info mengenai Biasiswa JPA bagi Politeknik. Tetapi iklan permohan biasiswa ni belum dikeluarkan lagi.

Jika dilihat pada tahun-tahun yang lepas, iklan permohonan biasiswa ini  akan dikeluarkan sekitar hujung bulan Julai manakala tarikh tutup permohonannya pada awal bulan Ogos. Tetapi jika ada maklumat mengenai permohonan biasiswa ni, ZF akan nyatakan pada post yang akan datang.. so, mari kita  kriteria-kriteria yang diguna pakai untuk memohon biasiswa ini..


Kriteria ini, adalah permohonan bagi tahun 2010..mungkin kiteria ni, ada yang akan diguna pakai untuk permohonan tahun 2011..


CONTOH TAHUN 2010

Bidang Tajaan

Semua bidang diperingkat diploma yang ditawarkan di politeknik bagi sesi 2010/2011.

Syarat Permohonan

Calon yang layak memohon adalah;
-Warganegara Malaysia
-Terbuka kepada semua pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
-Umur tidak melebihi 19 tahun pada tarikh iklan
-Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian tahun satu di politeknik pada bulan Januari sesi 2009/2010       atau pada bulan Julai sesi 2010/2011
-Pelajar SPM lepasan 2008
-Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian 6C dalam Bahasa Melayu
-Memperolehi sekurang-kurangnya gred 4B dalam 6 matapelajaran lain
-Pelajar SPM lepasan 2009
-Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian C dalam Bahasa Melayu
-Memperolehi sekurang-kurangnya gred B dalam 6 matapelajaran lain

Calon yang tidak layak memohon:
-Pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sijil
-Pelajar yang berada di tahun dua dan ke atas
-Pelajar yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan pendidikan
-Pelajar yang telah mempunyai kelayakan Diploma
-Pelajar yang sedang mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh/separuh masa
-Pelajar yang mempunyai Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/Agensi.

Kadar Biasiswa

Biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut;
-Elaun sara hidup samada RM7,560 atau RM6,426 setahun
-Elaun buku RM400 setahun
-Elaun alat perkakas antara RM50 sehingga RM250 setahun
-Elaun kertas projek RM150 setahun
-Yuran pengajian politeknik RM400 setahun.

Di samping itu elaun tambang kapal terbang untuk perjalanan dua hala diberikan setiap tahun daripada RM100 – RM1,000 bergantung kepada lokasi.

Kontrak

Pemohon yang menerima tawaran biasiswa politeknik tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ini dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan atau tuntutan gantirugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan dan tuntutan gantirugi ini bergantung kepada tempoh pengajian dan jenis pengajian.

Tempoh berkhidmat ini adalah di antara 3 sehingga 6 tahun dan jumlah gantirugi pula samada RM70,000 atau RM100,000.

Harap dengan makluman ni, dapat mengingatkan anda untuk membuat permohonan nanti..InsyaAllah, ZF akan update post yang baru sekiranya iklan permohonan biasiswa ini dikeluarkan.


*UPDATE - PERMOHONAN TELAH DIBUKA SILA LIHAT ------->DISINI
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
7 Comments

{ 7 orang komen ... read them below or add one }

Ros Lina berkata...

hye..ble tnya mcmna moe mohon biasiswa niey yer?


29 Julai 2011 7:40 PTG
Fafa berkata...

so,bler nak keluar borang nye?? nak cek kt ner?


29 Julai 2011 7:41 PTG
akim berkata...

bile biasiswa jpa untuk politeknik nk keluar??


31 Julai 2011 2:12 PG
hanafi_napi berkata...

hurmm..boleyh sy tau bile permohonan JPA politeknik tok sesi julai 2011 kluar..??klu dpt info tolong inform ye..thanks.. ;)


18 Ogos 2011 12:29 PG
FawLXena (BikaiBoLunG) berkata...

Salam. Ade tak permohonan biasiswa JPA dijalankan pada bulan Januari? Kalau awak ade info tolong inform ek. Thanks :D


31 Oktober 2011 6:51 PTG
ZF berkata...

@FawLXena (BikaiBoLunG): setahu saya rasa nya biasiswa ni hanya pada bulan 7 jer...


31 Oktober 2011 7:02 PTG

Catat Ulasan