Universiti tercantik Asia Tenggara

on Jumaat, 22 Julai 2011

السلام عليكم

Ditubuhkan pada 24 November 1994, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dianggap sebagai universiti tercantik di Asia Tenggara di mana ia menjadi salah satu mercu tanda kemasyhuran bandar raya Kota Kinabalu. Kedudukannya yang seolah-olah diapit oleh pantai pinggiran Laut China Selatan dan rimba hijau tropika kaki Gunung Kinabalu, telah menjadikan UMS seakan singgahsana puncak ilmu.

Pada permulaan penubuhan, universiti ini menumpang di Kolej Komuniti Yayasan Sabah di Likas pada tahun 1995 dan Kolej Latihan Telekom, Menggatal pada tahun 1996. Kemudian, pada 19 Mei 2000, UMS telah berpindah ke kampus tetapnya di Teluk sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Di samping itu, UMS juga mempunyai du buah kampus cawangan di Wilayah Persekutuan Labuan dan di Sandakan.








Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
0 Comments

{ 0 orang komen ... read them below or add one }

Catat Ulasan