Masjid Terapung Kuala Perlis

on Rabu, 26 Oktober 2011

السلام عليكم
SEMASA air pasang, tiang masjid akan ditenggelami air laut.
Sebut sahaja Kuala Perlis pastinya terbayang dalam fikiran anda dengan perkhidmatan Feri yang disediakan bagi menghubungkan Tanah Besar Malaysia dengan kepulauwan Langkawi. Selain itu juga menjadi tempat perlabuhan nelayan untuk menaikan hasil laut mereka. Oleh itu Kuala Perlis menjadi kawasan yang agak sibuk dengan pelancong nak para nelayan untuk menaikan.

Kini Kuala Perlis mempunyai masjid terapung bagi mengigatkan kepada semua umat Islam menunaikan soalat dan supaya mereka tidak memberikan alasan untuk tidak menunaikan solat disebabkan kesibukan.



SEJARAH TERBINANYA MASJID INI
Masjid ini diilhamkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail dan direalisasikan oleh jutawan Ariffin.

Abang kepada Ariffin, Datuk Dr. Mohd. Hussain meninggal dunia pada tahun 1999 sebelum sempat dia menunaikan hajat untuk membina sebuah masjid. Oleh itu Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf berusaha merialisasikan impian abangnya itu seterusnya menamakan masjid itu sempena nama abangnya, Masjid Al-Hussain.


TIGA batang pokok kurma ini didatangkan khas dari Tanah Arab.
CIRI-CIRI SENIBINA
- Tidak dicat kerana struktur dinding tersebut menggunakan batu-batuan jenis koral, kuartz, granit, marmar dan pebbles yang telah menjadikan dinding tersebut kelihatan cantik walaupun tidak dicat.

- Terdapat sebuah wakaf di dataran masjid.

- Tetamu juga boleh berehat di sepanjang tembok sambil menghadap ke laut.

- Terdapt tiga batang pokok kurma yang didatangkan khas dari Tanah Arab menyuntik elemen Asia Barat di dataran masjid tersebut.

Ciri Utama
- Kubahnya yang berwarna kuning keemasan beserta motif biru yang sinonim dengan warna rasmi negeri Perlis.

- Mempunyai sebuah menara puncak berkembar berbentuk segi enam. Puncak berkembar melambangkan bahawa semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa.

DATARAN masjid mengaplikasikan konsep laman tropika moden.
Ciri Istimewa
- terdapat lampu berwarna pada menara yang dapat dilihat sejauh 10 kilometer ketika malam bagi menandakan masuk waktu solat bagi memudahkan para nelayan menunaikan solat ketika berada di laut. (Lampu biru menandakan waktu solat Subuh dan Maghrib manakala hijau adalah Isyak).


- Terdapat tulis kaligrafi khufi iaitu seni ukiran dari Uzbekistan dengan tukangnya didatangkan dari negara tersebut pada dinding-dinding masjid.

- Menjual cenderamata kenang-kenagan iaitu jam khas jenama Citizen berharga antara RM180 hingga RM350 dan rantai kunci berharga RM12. (Hasil jualan akan disalurkan kepada dana masjid).

- Orang bukan islam boleh juga mengunjungi masjid ini kerana salah satu fungsinya adalah sebagai tarikan pelancung.



Lindungi PC dari serangan virus hanya RM 25 sahaja

Hanya RM 27
Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
3 Comments

{ 3 orang komen ... read them below or add one }

umie naziera berkata...

tunggula Masjid Terapung!!xsabar nak pegi nih ~~


26 Oktober 2011 10:56 PG
ZF berkata...

umie naziera nak g snap gmbar la tu.... gan mmber2 dya...


26 Oktober 2011 11:52 PG
Sang Pemerhati berkata...

atoii..bila lar dapat jejak Kuala Perlis lagi ==" dah bertahun tak jejak.. =="


26 Oktober 2011 1:14 PTG

Catat Ulasan