Loading... Please wait

Cerita-cerita lain

Pelik!! Nenek muda dari cucu

Assalamualaikum,

PUAN menunjukkan MyKad yang menyatakan dia dilahirkan pada tahun 1996 atau berusia 15 tahun sedangkan cucunya, Siti Noor Atikah Mat Yusop pula berusia 21 tahun di rumah mereka di Sanglang, Perlis semalam.
KANGAR - Dia mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, namun tarikh lahir pada MyKad miliknya menunjukkan beliau adalah gadis sunti yang akan menyambut hari jadi ke-16 pada 12 April ini.

Tidak masuk akal, tetapi itulah hakikat yang dilalui oleh Puan binti Ahmad yang usia sebenarnya sudah mencecah seabad dan dianggap antara warga emas paling tua di Padang Keria, Sanglang, di sini.

"Saya dah tak ingat usia saya. Tapi saya hidup pada zaman penjajah," katanya ketika ditemui di rumah anak ketiganya, Mat Yusop Kamis, 63, di Padang Keria selepas berpindah dari Kuala Nerang, Kedah sejak setahun lalu.

Pada MyKad warga emas ini tertera tarikh lahir 12 April 1996 dan kesilapan itu juga menyebabkan dia menghadapi pelbagai masalah termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sementara itu, cucunya Siti Noratikah Mat Yusop, 21, berkata kesilapan pada MyKad tersebut disedari ketika beliau menghantar neneknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kuala Perlis tahun lepas.

Kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun sehingga kini belum ada tindakan susulan diambil jabatan tersebut, katanya.

"Kami harap JPN dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin bagi mengelakkan masalah lain yang lebih besar pada masa depan," kata Noratikah. - Bernama

BACA ENTRY SUSULAN ISU INI DISINI---->http://www.zuhairifirdaus.com/2012/02/susulan-isu-nenek-muda-dari-cucu-jpn.html

p/s: belakang rumah ZF jer ni...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Posting Lain yang menarik : Bloggeron
Comments
2 Comments

2 orang komen:

Nyamuk Terbang said...

srnok la nenek tue..haha

[ Reply ] | February 16, 2012 9:34 PM
ZF said...

xseronok sgt sebab xdpat bantun tu.. pastu xleh mengundi lak..

[ Reply ] | February 16, 2012 10:43 PM
:f :D :x B-) b-( :@ x( :? ;;) :-B :| :)) :(( =(( :s :-j :-p :-o :-g :-x

Post a Comment

Powered by Blogger.

Jom Follow Saya

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Segmen tips hari ini - Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Jerit Kuat-Kuat kat Sini

Total Pageviews

Papan Iklan Percuma

Ruangan iklan percuma untuk semua pelawat blog ZF. klik mana-mana ruangan yang masih kosong dan isikan url banner serta url blog anda.iklan akan dipaparkan selama 24 jam.
Klik sini !!!

Perhatian!!

Penulis berhak untuk membuang komen yang tidak berkaitan dengan tajuk sesuatu entri. Dilarang SPAM kerana perbuatan SPAM adalah satu Jenayah Siber. Anda boleh didakwa di bawah Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi & Multimedia 1998. IP address anda direkodkan!


What's my ip address, create your own visitors ip image