Senarai awal 22 peranti yang boleh dibeli dengan rebat RM200 SKMM

on Jumaat, 28 Disember 2012

Assalamualaikum,

Seperti semua sedia maklum dalam bajet 2013 kerajaan telah meyediakan rebat RM200 untuk golongan belia untuk membeli telefon pintar 3G atau lebih dikenali sebagai Pakej Komunikasi Belia. Permohonan bagi rebat/pakej ini boleh dibuat melalui laman web SKMM sendiri mulai 1 Januari 2013.


Seperti biasa untuk mendapatkan rebat ini beberapa syarat perlu dipatuhi bagi mendapatkannya. Antaranya:


  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  • Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.
Berdasarkan syarat diatas maka sesiapa yang berhajat nak beli iPhone 5 tu sila lupakan kerana anda perlu tengok syarat yang ke-3 tu... Disebabkan ini ramai yang mula merungut di FB kerana memikirkan telefon pintar 3G apakah yang berharga RM500 kebawah.?? 

Oleh itu SKMM telah mengeluarkan senarai awal 22 peranti yang boleh di beli menggunakan rebat/pakej ini. Senarai ini mungkin akan bertambah dari masa ke semasa. Antara peranti yang boleh di beli menggunakan renat/pakej ini adalah:

  • Alcatel 993D
  • Alcatel OneTouch Glory 2
  • Alcatel One Touch Inspire 2
  • The Buzz Phone
  • HTC Wildfire
  • Huawei Ideos X3
  • LG Optimus L3
  • Ninetology Black Pearl II
  • Ninetology Palette
  • Nokia 2730
  • Nokia 7230
  • Nokia Asha 305
  • Nokia Asha 308
  • Nokia C2-03
  • Nokia Lumia 610
  • Samsung Galaxy Chat
  • Samsung Galaxy Mini
  • Samsung Galaxy Pocket
  • Samsung Galaxy Y
  • Sony Xperia Tipo
  • ZTE Acqua
  • ZTE V790

Ranking: 5

Lain-lain cerita yang menarik:-



Comments
0 Comments

{ 0 orang komen ... read them below or add one }

Catat Ulasan